Daim memakai cermin mata hitam aviator. Hampir 12 jam terperap dalam kapal
terbang. Naik kematu punggung. Nasib baik business class. Takdalah sengsara
sangat. Daim mendepakan tangan sambil memejamkan mata. Udara segar siang hari
di Kuala Lumpur dihirup.
Ok,
tak berapa nak segar sangat.
Hmm.. Lamanya
tak jejak kaki ke tanah tumpahnya darahku ni. Teringat zaman kecik-kecik dulu. Masuk
bendang, tangkap belacak, mandi sungai, kena sengat tebuan, naik kerbau, tangkap
ikan, panjat pokok kelapa, kena kejar lembu, main gasing, jerat ayam. Rindunya, Malaysia!
“Have
a nice day sir.”
Sapa
sekumpulan pramugari melayang senyuman menggetar iman. Kenangan lalu hilang
entah ke mana bila suara lunak mereka menyapa. Daim menarik kaca mata hitamnya
hingga ke batang hidung. Langkah lenggang lenggok gadis-gadis itu dinikmati
untuk beberapa saat. Fusyoo~ S-line tu!
“Have a nice day too.” Nikon D3100 yang
tergantung di leher berdetik.
Daim
tersenyum riang. Molek-molek anak-anak dara zaman sekarang. Badan semuanya S-line
belaka walaupun muka tak berapa nak gah mana. Makan jamu buat sarapan harian
barangkali. Entahlah. Kat Jepun tak dapan badan gebu montok macam ni. Semua
stok plywood semedang. Awek Malaysia juga seronok cuci mata. Daim tersenyum
lebar sambil menyeluk saku seluarnya. Terasa seperti ada sesuatu.
“Eh
apa benda ni?”
“Wah
kau, bukan main lebar senyum. Nasib tak meleleh air liur. Ada awek bagi nombor
phone ke?” Tegur Shuichi sambil matanya melilau mencari-cari sekumpulan
pramugari yang sudah hilang entah ke mana.
“Zaman
sekarang bro, mana main bagi bagi nombor telefon ni. Zaman sekarang zaman bagi
telefon terus ha!” Daim menayang smartphone yang dikeluarkan dari kocek
seluarnya. Rahang Shuichi jatuh. Kepala digeleng lima enam kali.
“Serius
ni bro?”
Daim
mengangguk. “Awek Malaysia lagi advance dari awek Jepun. Kau tinggalkan je la
awek-awek Jepun kau tu. Carik awek Malaysia. Makan jamu. Kasi smartphone. Body
mengancam. Awek Jepun ada?” Daim menghulurkan smartphone itu kepada Shuichi.
Dahi lelaki itu berkerut.
“Apasal
bagi aku pulak?” Tanya Shuichi, sedikit ragu-ragu dengan tindakan sepupunya
itu. Tiba-tiba baik hati ni apa kena?
“Tak
nak? Tak nak takpa, nanti aku buang—” Daim melempar senyum separuh bila tangan Shuichi
laju merampas smartphone yang entah bila diseluk salah seorang pramugari ke
dalam seluarnya.
“Biar
aku simpan handphone ni. Mana tahu ada orang report polis ke kan. Susah kau
nanti.” Mata Shuichi memandang wajah Daim sekilas. Tak berani nak bertentang
mata. Daim ketawa besar.
“Untung
la aku dapat cousin bertimbang rasa macam kau ni Shuichi Tajima!” Bahu Shuichi
dipaut erat. “Weh aku lapar. Mamak jom.” Daim menarik Shuichi, memaksanya melangkah
laju.
“Bro,
call la bapak kau dulu. Kan dia dah suruh budak office dia datang ambil.”
Shuichi menyiku lengan sepupunya itu. Dahinya berkerut marah. Memang dia tak
boleh bertoleransi bila menyentuh bab-bab hormat menghormati orang tua.
“Semaklah
budak Jepun ni.”
Daim mengeluh
sambil melihat telefonnya. No sms, no missed calls. Kata dah diperuntukkan wakil
syarikat untuk menjemput mereka di lapangan terbang. Tapi tiada seorang pun yang
menunggu di ruang ketibaan.
“No
calls. So nobody’s going to fatch us. Dah jom, aku dah lapar ni. Kalau kau nak
tunggu budak office tu, kau tinggal. Aku gerak dulu!” Laju langkah Daim, dah
malas nak menunggu. Perut dah berkompang dah ni.
“Weh
kejap, kejap. Tu aku rasa tu budak office tu kot.”
Shuichi menarik bahu Daim, memaksanya
memandang seorang gadis berhijab pink yang sedang berlari dan tercungap-cungap
sambil memegang sekeping kertas kajang. Matanya bulat melilau ke kiri dan ke
kanan. Sekejap sekejap lehernya dipanjangkan, mencari-cari.
Daim
mengerutkan dahi, cuba membaca tulisan pada kertas kajang yang dipegang gadis
itu. “Aku tak tahulah sama ada aku ni dah terencat ke apa sampai tak boleh baca
dah. Kau try baca apa minah tu tulis?”
Shuichi
turut sama berkerut. Apa benda yang perempuan tu tulis? Nak kata tulisan Jepun,
ada huruf alfabet tu, tapi macam pelik pulak. “Tu bukan tulisan Jepun kan?”
Daim bertanya mahukan kepastian. Shuichi mengangguk yakin. Hiragana ke Katakana
ke memang takda rupa langsung. Kanji lagilah.
“Daim,
aku rasa betul la dia tu budak office tu. Confirm. Dari tadi dia dok mencari
sakan.” Shuichi memandang Daim yang turut sama menampal muka pelik. Daim diam
untuk sesaat dua sebelum akhirnya mengangguk.
“Okey.
Jom.”
Hana
memandang di sebelah kiri, kanan dan belakangnya. Takda siapa-siapa. Jadi, yang
lelaki dua orang tu pandang... aku la? Hana berdehem beberapa kali. Kertas
kajang dipegang erat. Tiba-tiba rasa panik. Patut tak aku jerit? Hana cuba
mengingati step silat yang pernah dipelajari masa darjah 3 dulu. Menyesal pulak
selalu ponteng kelas silat.
“Kenapa
diaorang datang kat aku ni..” Resah gelisah hatinya. Sudahlah datang sendirian,
tiba-tiba ada dua lelaki pulak dok usha dari tadi. Aduhai.
Dua
orang lelaki tinggi lampai itu berjalan hingga mereka berhenti betul-betul di
hadapan Hana. Dua-dua pakai cermin mata hitam. Dua-dua sedang merenungnya
tajam. Hana menelan air liur. Polis antarabangsa ke diaorang ni? Beg tangan
yang tersangkut di bahu kanan diraba. Mana la tahu kot-kot ada terselit ganja
ke apa. Walaupun diri ini bersih dari segala macam najis, tapi orang kalau dah
dengki, tak boleh nak cakap. Sekali dia selitkan 100 gram ganja, meringkuk la
dalam penjara. Haaa minta simpang.
Lelaki
yang paling depan tu mencondongkan sedikit tubuhnya. Hana terundur setapak. Apakah
yang dia cuba buat ni? Hana terasa seperti air liurnya tersekat di anak tekak. Tiba-tiba
dahi lelaki itu berkerut. Kertas kajang ditangan Hana dirampas kasar. Dipusing
kertas kajang tu beberapa kali sehingga dia berpuas hati.
“Hei!”
Hana menjegilkan matanya.
Apa
masalah lelaki ni? Dahlah aku tak kenal kau, sesuka hati je nak ambil kertas
orang. Hana mengigit bibir. Nak maki ke nak sepok terus mamat ni? Kalau dia
betul-betul polis antarabangsa macam mana? Hana dah berkira-kira dalam hati
bila lelaki itu mula membuka mulut.
“Pegang
kertas pun terbalik!”
Herdik
lelaki itu dengan wajah menyinga. Wajah Hana berubah riak. Terbalik? Diambil
kertas kajang itu semula. “Oh..” Hana menggigit bibir. Macam mana boleh tak
perasan? Itulah, buat dosa dengan Jannah lagi.
“Awak
ni staff Samurai Group?” Tanya lelaki itu.
Hana mendongak,
memandangnya untuk sesaat dua sebelum mengangguk sekali. Mana dia tahu aku ni
staff Samurai Group Company? Maksudnya, mamat ni.. Polis antarabangsa? Oh my
God! Dia Interpol. Habislah aku habislaa. Hana, tenang Hana. Kau tak buat salah
apa-apa. Jangan gelabah.
“This
is Shuichi Takahashi, anak Encik Takahashi. Saya Daim Tajima, PA Encik Shuichi.”
Daim memperkenalkan Shuichi yang sudah tercengang di sebelahnya. Hana memandang
lelaki yang diperkenalkan sebagai Shuichi itu sebelum kembali memandang lelaki
yang bernama Daim.
“Boleh
saya tengok IC awak berdua?” Hana menghulurkan tangan kanannya.
Terus
berkerut dahi Daim. IC? Imigresen ke apa dia ni. “Nak buat apa?”
Hana
menarik senyum nipis. “Nak verify, betul ke tak awak berdua ni anak Encik
Takahashi dan PA dia.” Ujar Hana lembut. Cuba nak kedengaran seprofessional yang
mungkin. Yelah, manalah tahu mungkin lelaki dua orang ni memang dari Interpol
ke kan? Saja menyamar sebagai anak Presiden Samurai Group dan PA dia.
Apa-apapun, safety first.
Daim
menambah kerutan di dahi. “Listen, you seem like a very nice girl okey. Awak
mesti tak nak complicated kan lagi keadaan. Saya dah cakap, dia ni anak Encik
Takahashi, Encik Shuichi, dan saya Daim Tajima. PA Encik Shuichi. Okey? Is that
clear? Takda masalah? We’re good?” Daim mendepakan tangannya. Cuba nak meraih
keyakinan si gadis.
Hana
menggeleng. Senyuman nipis masih tertampal di bibirnya. “Kalau awak tak nak
bagi IC, lesen pun boleh. Tak pun, bagi saya tengok passport awak. Lagi senang
kan?” Tangan kanannya dibuka tutup, meminta passport mereka. Daim mengeluh
berat. Masalahnya minah ni.
Daim
berjalan merapati gadis itu. Matanya tajam menjilat wajah Hana. “Hei, kan saya
dah cakap. Dia ni Shuichi Takahashi, saya ni PA dia. Daim Tajima! Apasal susah
sangat awak nak faham ha?” Oktaf suaranya melonjak naik. Sengaja dikeraskan
suaranya sehingga terjungkit sedikit bahu gadis itu. Terkejut barangkali. Lantaklah.
Aku tengah penat ni, lagi nak banyak songeh.
Hana
tak terkata. Salah ke aku nak berjaga-jaga? Bajet bagus betul mamat ni! “Encik,
awak tu yang tak faham bahasa! Apa yang susah sangat nak bagi saya tengok some
identification. Kalau awak betul, kenapa takut pulak? Tunjuk je la passport. Bukan
susah sangat pun.”
Hana
membuntangkan mata, melawan pandangan tajam Daim sambil tangannya mencekak
pinggang. Dijengket sedikit kaki, cuba nak menyaingi ketinggian lelaki itu. Ingat
dia sorang je boleh garang garang? Aku pun boleh la!
Daim
menggigit bibir. Kalau aku cekik batang leher kau tu karang. Jari telunjuknya
diluruskan tepat ke hidung Hana. “Kau ni, apa masalah kau ha perempuan!”
Tengking Daim. Hampir saja jarinya menolak hidung gadis itu apabila Shuichi
cepat-cepat menarik lengannya, memaksanya berundur beberapa tapak.
“Sorry,
one second.” Shuichi menarik Daim menjauhi Hana. “What the hell are you doing?”
Shuichi cuba mengawal oktaf suara, tak mahu didengari gadis itu. “She’s mental.
I need to knock some sense into her.” Balas Daim, memberi satu pandangan maut
kepada Hana yang kekal menampal muka tak bersalah.
“No,
not knock. Smack!” Tangan kanannnya digenggam kasar ke arah gadis itu,
mengugut. Hana menjelirkan lidah.
“Kau
tu yang gila! Apasal aku tiba-tiba jadi kau pulak?” Shuichi memeluk tubuh. Bahu
sepupunya itu ditampar kuat. Dahinya berkerut-kerut menahan rasa tak puas hati.
“Pasal tu, kau just play along okey.” Balas Daim perlahan. Tangannya menarik
Shuichi jauh.
“Banyaklah
kau punya play along. Apasal pulak aku kena jadi anak bapak kau? Apasal kau PA
aku pulak?” Sekali lagi Shuichi bertanya. Tak faham dengan perangai sepupunya
ni. Dia memang suka buat benda tak reti nak bincang dulu.
“Shh...
Jangan kuat sangat. Nanti perempuan gila tu dengar. Listen, kau ikut je plan
aku ni. I know what I’m doing. Just trust me.” Daim memegang bahu sepupunya
itu.
“Masalahnya,
aku tak tahu apa kau cuba buat ni! Hei Daim, aku datang sini sebab nak tolong
kau cari—” Kata-kata Shuichi terhenti bila gadis itu bertanya.
“Ada
apa-apa masalah ke?”
Serentak
Daim dan Shuichi menggeleng kepala. “Kalau macam tu, boleh tunjukkan passport?”
Gadis itu menarik senyum manis. Shuichi dan Daim saling berpandangan. Daim dah
macam nekad nak menjerut leher gadis itu.
Shuichi
mengeluh. Celah mana jalannya plan kau tu Daim? Akhirnya Shuichi mengeluarkan
handphone dan terus mendail nombor pakciknya, Inaoka Takahashi. Beberapa saat
kemudian, handphone tu bertukar tangan. Hana terangguk-angguk sambil mendengar
apa saja di hujung talian.
Daim
memandang Shuichi. Wajah sepupunya itu tak berubah riak. “Okey, Encik Takahashi
dah explain semuanya. So confirm la yang awak berdua ni orang yang saya cari.
Kalau takda apa-apa, kita gerak. Encik Takahashi nak jumpa awak berdua secepat
mungkin.” Hana memulangkan semula handphone Shuichi.
“Just
trust me konon. Siapa settle kan at last?” Shuichi melempar senyuman penuh
kejayaan. Daim menarik senyum sinis, tak mampu nak kata apa-apa. Dah memang
sepupunya itu yang berjaya kawal keadaan. Nak cakap apa lagi? Gadis berhijab
pink di hadapannya itu dipandang lama.
Apa nama minah ni tadi?
“Hei
perempuan.” Daim memanggil Hana yang berjalan beberapa meter di hadapan.
Shuichi mengeluh. Tak habis-habis lagi ke baran si Daim ni. Hana menoleh sambil
menampal wajah selamba.
“Nama
saya Hana. Bukan perempuan eh.” Ujar Hana tegas.
Daim
menjulingkan mata. “Whatever. Nah, angkat beg aku ni.” Sebuah beg dihempuk ke
dada gadis itu dan sebuah lagi disangkut ke kepalanya. Hana tak terkata. “Make
sure beg tu tak kotor atau hilang. Apa-apa jadi kat beg aku ni, siap kau
perempuan!” Sempat Daim berbisik ke telinga Hana sebelum berjalan menuju keluar
dari KLiA.
Rahang
Hana jatuh. Dadanya turun naik. Nafasnya tak teratur. Membaranya hati dia
ketika ni, Tuhan saja yang tahu. “Mamat tu gila, mamat tu gila, mamat tu gila.”
Laju bibir Hana berkata, cuba menenangkan diri.
Shuichi
menghampiri Hana yang masih lagi dalam keadaan terkejut tu. “I’m sorry. Dia tu
memang pelik sikit, lain dari yang lain. Sorry ya Hana.” Beg yang tersangkut di
kepala Hana diambil. Hana memandangnya lama. Eh mamat Jepun boleh cakap Melayu?
Fasih pulak tu. Wow!
“Are
you okey Hana?” Shuichi menjungkit kening. Hana angguk laju. “Okey. Saya okey.”
Kepala diangguk banyak kali. Dahlah muka stok pelakon Jepun, pandai cakap
Melayu, anak bos pulak tu. Fuh, serba-serbi. Kalaulah tak fikirkan ni urusan
rasmi pejabat, dah lama tersangkut kat Encik Shuichi ni. Bayangkan kalau aku
kahwin dengan dia. Tak ke anak-anak aku nanti mata semua sepet belaka. Awww
comel!
Hana
menggeleng kepala, cuba nak menghalau imaginasi yang dah makin nak merapu. Bila
dah masuk bab anak, bahaya tu. Dia terus mengatur langkah, berjalan menuju ke
kereta.
“Perempuan
gila tu expect kita masuk kat dalam kotak ni ke?” Daim tercengang melihat
sebuah kereta kecil di hadapannya. Proton Neo. Dua orang lelaki 6 kaki dan
kereta Neo? Memang tak la.
“Ya
memang pun. Suka tak suka, masuk je! Jangan banyak mulut!” Balas Hana sambil
membuka but kereta. Beg Daim dicampak ke dalam but. Banyak songeh pulak si
ungka babun ni. Cukup baik aku nak datang kutip kau. Kalau tak, sampai ke lusa
la kau terpacak kat KLiA ni.
“Hei!
Be careful!”
Tengking
Daim. Panas hatinya melihat beg kesayangannya dicampak kasar. Hana menarik
sengih menyindir. “Ops, sengaja.” Balas Hana sambil menampal muka innocent
sebelum masuk ke dalam kereta.
“I’m
gonna kill her!”
Shuichi
cepat-cepat menarik lengan Daim, menghalang sepupunya itu daripada melakukan
satu pembunuhan. Ada nanti tak pasal-pasal terpampang muka surat depan Metro,
anak tokeh kilang sabun bunuh pekerja kilang sabun. Buat malu company je.
“Ala
benda kecil je bro. Relax la.” Pujuk Shuichi.
“Eh
perempuan tu memang gila la. Aku dah cakap dah jaga beg aku elok-elok. Kau
nampakkan dia sengaja campak beg aku. Kau nampakkan?” Herdik Daim masih berapi.
Bukan main marah lagi dia.
“Dia
gurau je tu. Kau ni pun, emo sangatlah.” Shuichi menyumbat beg Daim dan begnya
sekali ke dalam but.
“Perempuan
gila tu suruh kau angkat beg aku? Eh melampau perempuan ni!” Daim dah berkira
mahu menarik Hana keluar dari kereta. “Hei, hei matte yo. Aku sendiri yang nak
angkat beg kau ni. Kau jangan nak melulu tak tentu pasal.” Shuichi menghalang
laluan sepupunya itu. (*matte yo: nanti dulu)
Daim
mencekak pinggang. Dahinya berkerut. “Yang kau nak angkat beg aku tu kenapa? Biarlah
dia angkat!” Marah Daim lagi. Shuichi menggeleng. “Kau ni, dia tu kan
perempuan. Tak baik bro buat perempuan macam tu.” Bahu Daim ditepuk-tepuk.
“Sejak
bila pulak kau jadi pembela wanita terangung ni?” Perli Daim masih berbaki rasa
marahnya.
Hana
mengerling side mirror. Apa yang tak habis lagi tu? Hana terus menekan hon
kereta. Ingat aku ni tunggul ke nak tunggu korang lama-lama. Banyak lagi kerja
aku nak buat.
Daim
berdengus. “Memekaklah! Sana!” Shuichi ditolak tepi.
Pintu
kereta dibuka, seat kereta ditolak ke depan untuk memberi ruang kepadanya masuk
ke bahagian belakang kereta. Daim kemudian masuk ke dalam kereta tanpa banyak
mulut sebelum menghempas pintu sekuat hati.
“Hei
agak-agaklah! Ni kereta kawan saya. Kalau rosak apa-apa, awak ganti he!” Marah
Hana sambil meluruskan jari telunjuknya ke arah Daim. Lelaki itu sekadar
memeluk tubuh sambil memalingkan wajah ke luar tingkap. Pura-pura tak dengar
apa saja yang keluar dari mulut Hana.
Sebaik
saja Shuichi masuk ke dalam kereta, dia dah dapat merasakan bahang ketengangan
antara Daim dan Hana. Masing-masing wajah menyinga, berapi-api. Daim tiba-tiba membongkokkan
tubuhnya ke hadapan sebelum menekan-nekan butang air-cond namun masih tak
menyala. Dahlah kereta ni kecil, banyak problem pulak tu. Daim terasa seperti
nak hentak saja kereta ni.
“Oh
lupa nak cakap. Kereta ni takda air-cond, so kena guna cara tradisional la. Kena
bukak tingkap. Sorry ye Encik Banyak-Songeh.” Sempat Hana memberi senyuman
simpati pada Daim. Lelaki itu sudah berasap kepanasan. Panas sebab cuaca satu
hal, panas sebab perempuan ni satu hal lagi.
“Eh
kau ni kan—”
Shuichi
cepat-cepat menyampuk. “Eh takpa, Hana. Daijoubu da yo. Bukak tingkap dah okey
dah kan Daim?” Matanya dijegil, memberi amaran kepada Daim. (*Daijoubu da yo:
it’s okey)
Daim
menjeling. Dihempas tubuhnya ke seat kereta sambil menyilang kaki. Matanya
kembali pada jalan. Malas dah nak carik pasal dengan Shuichi dan perempuan gila
tu.
“Okey,
siapa nak ice-cream?” Tanya Shuichi, berniat nak menyejukkan suasana yang
semakin panas.
“Tak
nak!” Balas Daim dan Hana serentak.
Shuichi
terkedu. “Okey, okey, relax. Just asking.”
---

Comments
Post a Comment