Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Projek 3 : H + A = Bahagian 8

Akira Masa berhenti. Aku berani bersumpah, masa berhenti. Angin berhenti bertiup. Burung berhenti berkicau. Ikan berhenti mengocak air dengan ekornya. Air berhenti mengalir. Manusia berhenti makan. Dan aku, aku berhenti bernafas. Aku berhenti berfikir. Aku berhenti menafikan perasaan aku pada lelaki yang sedang duduk setentang dengan aku. Dada aku terasa hampir meletup. Aku yakin dia boleh dengar kerakusan jantung aku menghempas tulang rusuk. Mustahil dia tak dengar. Mustahil dia tak tahu aku... “Dah hilang dah.” Ujar Hadi tiba-tiba. Serta-merta mengembalikan detik kepada masa. Aku terkelip-kelip memandang dia. “Apa dia?” Aku menyoal hairan. “The great big vein on your forehead.” Dia menala jari telunjuknya ke arah dahi aku. Refleks tangan aku terus memegang dahi. Hadi ketawa kecil melihat tindakan aku tu. “Dah tenang dah?” Tanya dia lembut. Suara dalam dia dilembutkan. Ya Allah... Jantung aku semakin rakus menghempas rusuk. Aku menarik nafas dalam-dalam. Tanpa aku sedar tanga...

Projek 3 : H + A = Bahagian 7

Akira Dia ketawa. Dan aku tak mampu alihkan mata dari terus menikmati kedalaman lesung pipit parentesis yang terbenam di kedua belah pipinya. Ya Allah Aki, dia pensyarah kau kot. He’s the bloody Sir McGrumpy! Takkan ada spark kat mamat grumpy ni kot? Aku menarik getah rambut dan membiarkan rambut aku mengurai melepasi bahu. Dalam kelas tadi, seperti dijangka, dari Hadi the busker , dia berubah jadi Sir McGrumpy . Dan aku berdengus meluat. Satu kelas kena soal, kena maki dan kena jentik kepala. Dan kali ni dia bagi soalan mencabar keimanan. Can fish have a fever? Kepala bana dia tanya soalan KBAT macam ni. Apa kena mengena ikan demam dengan biomolekular? Dan markahnya 30 markah! Wargh betul rasa nak nangis. Lagi seronok, dia suruh hantar esok pagi pukul 7 tepat di pigeon hole dia. Kepala berjambul betul la. Haru dapat pensyarah zalim macam ni. Sejurus selepas dia bagi assignment gila ni, sempat dia menghantar pandangan ‘kata-aku-SirMcGrumpy-lagikan-sekarang-rasakan!’ ke arah...

Projek 3 : H + A = Bahagian 6

Hadi Aku mengeliat besar. Bahu aku yang terasa sengal aku urut-urut. Lebih 3 jam aku menghadap komputer, membina slides powerpoint dan membina soalan-soalan peperiksaan untuk pelajar-pelajar undergraduate dan postgraduate . Cakap pasal pelajar postgraduate.. . Aku menekan butang keyboard dan sign in ke dalam email. Beribu email dalam Inbox . Jenuhnya nak hadap. Majoriti daripada pelajar-pelajar tahun akhir yang sedang menyiapkan tesis, pelajar yang minta slides , nota, latihan, bertanya carry marks , bertanya soalan apa keluar exam , bila pop quiz , bertanya itu dan ini. Ah malas aku nak melayan. Aku skrol ke bawah mencari satu nama. Ke bawah, bawah, bawah.... Ha, jumpa pun! Nur Akira Huriyyah. Hui sedap nama. Aku klik dan buka email yang dihantar pelajar aku yang seorang ni. Siang tadi aku hantar email ke semua pelajar post-graduate aku, mengingatkan mereka supaya emailkan assignment bertaip yang aku paksa mereka siapkan. Assignment yang bernilai 25 markah. Aku mahukan s...