Geng Powerpuff girls
meluru mendapatkan Hana sejurus dia keluar dari bilik Encik Fong, ketua
department HR. Diaorang ni, tak bagi peluang langsung. Laju je.
“Nana, oh Nana.”
Panggil Rin penuh
irama. Hana pura-pura tak dengar. Suka hati jiran dia je nak panggil aku Nana.
Aku Hana la! ‘H’ bukan ‘N’! Langkah yang diatur dipercepatkan. Tak kuasa nak
dengar gosip terkini.
“Hana!”
Jerit mereka serentak
dengan harmoni. Ambil kelas koir ke apa budak 3 ekor ni. Hana menggaru kepala. Perlahan
tubuhnya dipusing lambat-lambat, menghadap geng Powerpuff girls yang sudah
terpacak memandangnya dengan penuh rasa teruja.
“Gapo dia?”
“Kau buat apa dengan
PA anak bos dalam pantry lunch tadi?”
“Ohh mentang-mentang
lunch, ingat takda siapa dalam ofis ehhh?”
“Haa haaa kantoi alaa
leh!”
Hana tampal muka
belacan. Apa yang diaorang merepek ni? “Buat apa? Mana ada aku buat apa-apa.
Haa korang jangan nak buat sesi Melodi dengan aku eh. Cili mulut korang kang.”
Jari telunjuk dilurus ke arah mereka bertiga. Punyalah selama ni Hana menjaga
reputasinya. No skandal, no dirty talks. Clean. Tiba-tiba, datang malaun ungka
tu, tak pasal-pasal si Powerpuff girls turun mata kat aku pulak. Tak boleh jadi
ni!
Pinat menarik senyum
meleret. “Eleh Hana, penyu bertelur beranak–pinak. Kau buat-buatlah tak nak.”
Eh mak aih. Berpantun
pulak kau. Kang aku bersyair kang. “Amenda penyu penyu ni. Mana ada penyu kat
kilang ni. Eh aku dengan si PA tu takda apa-apa eh. Korang jangan nak buat
cerita.” Hana menjegilkan mata.
“Habis apa kau dengan
dia buat dalam pantry tadi? Haaa..” Rin memeluk tubuh. Operasi mengserkap
jarang bermula. Hana terdiam. Dalam pantry? Oh peristiwa bubble bath tu ke?
Hek.
“Korang ni macam baru
semalam kenal aku. Kan aku ni memang muka pantry. Korang pulak, sekor-sekormuka
penyibuk.”Wajah Rin dan Pinat ditenyeh kuat. Joy ketawa mengekeh. Nasib baik
aku tak kena tenyeh sekali.
Rin dan Pinat dah
tarik muka kuali hangus. Pipi terasa perit ditenyeh Hana si pemegang tali
pinggang hitam calit putih dalam silat. Jangan bawak main.“Tadi masa lunch,
kitaorang nampak kau pegang PA anak bos tu. Bukan main mesra lagi Na. Ada
apa-apa ke? Ceritalah. Janji, kitaorang takkan kecoh-kecoh. Kitaorangkan sayang
kau.” Joy menyiku Rin dan Pinat supaya mengangguk sekali. Masing-masing
mengangkat tangan kanan tinggi melangit.
“Oh sayang. Kalau
sayang, takdanya korang menghendap aku!” Herdik Hana geram. Sayang konon. Piirah!
“Mana ada hendap kau. Kitaorang
tak sengaja. Terskodeng. Apa yang dah jadi? Ceritalaaaaa!” Gesa Rin sambil
menggoyang-goyang lengan Hana. Muka comel ditampal. Hana berdengus.
“Sibuklah korang ni. Mana
ada apa-apa. Aku terkejut je time tu, sebab tu aku terpegang dia. Itu je. Bukan
sengaja pun. Kau ingat aku ni desperate sangat ke nak pegang lelaki tak tentu
pasal?” Hana menolak Rin jauh-jauh. Rimas betul.
Pinat mencubit lengan
Hana geram. “Tak desperate konon. Kau tu cariklah boyfriend cepat Na. Susah
sangat, tackle je PA anak bos tu. Dahlah hensem gila, tinggi, PA anak bos pulak
tu. Hana, kau kalau dapat dia, sama je macam kau dapat anak bos. Nanti kau
boleh take over company ni. Lepas tu, kau boleh naikkan pangkat kitaorang. Haa,
amacam? Ok tak idea aku?”
“Hangguk kau ok!Tak ok
langsung! Ke laut! Hei, sampai mati pun aku tak nak kat si ungka tu tau tak!” Jerit
Hana menyinga. Sebalnya hati bila dikaitkan dengan si ungka tu.
“Siapa si ungka tu?”
Gulp. Powerpuff girls
sudah terkebil-kebil. “Hana, kitaorang kena jumpa sultan Brunei ni. Nanti nanti
kita borak lagi ye. Balik dulu. Bye!” Bagai lipas kudung mereka bertiga memecut
pergi. Hana memejamkan mata. Kurang asam betul laa budak tiga ekor ni.Macam ni
kata sayang aku?
Selepas tarik nafas
dan hembus nafas sebanyak lima kali, Hana memberanikan diri memusingkan
tubuhnya, menghadap si empunya suara. Sepasang sneakers berwarna putih
dipandang tanpa niat.
“Siapa si ungka tu?”
Soalan yang sama diulang lagi.
Hana mengagahkan diri untuk
mendongak. Matanya bertemu dengan sepasang mata Daim. Mak aih, tajamnya. Nasib
baik aku dah pasang pendinding awal-awal.
“Nak tahu siapa?”
Daim memeluk tubuh.
Muka innocent Hana direnung lama. Selamba je perempuan ni. Aku cekik karang. “Siapa?”
Hana membuka langkah,
memberi isyarat kepada Daim supaya mengikutnya berjalan ke arah kawasan
cubicle, ke meja Kak Mida. Daim pada mulanya malas nak melayan, tapi bila
hatinya tak tahan nak tahu siapa ungka yang heboh disebut-sebutkan satu ofis,
dia pun ikutkan saja perempuan tu. Tiba-tiba Hana berhenti berjalan. Laju
tubuhnya dipaling menghadap Daim.
Kening dijungkit,
isyarat bertanya, ‘Apasal kau berhenti?’
Gadis itu menepuk dahi
dengan muka-muka sekali. Dahinya berkerut. “Alamak, saya lupa saya ada meeting
denganni. Ha macam ni, awak jalan je straight, nampak meja Kak Mida tu kan? Ha
depan meja dia, awak belok kanan. Dah belok tu, awak pandang belah kiri awak.
Haa, kat situ awak nampak la si ungka yang famous amous tu. Ok?” Sambil
tangannya sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri, Hana bersungguh-sungguh memberi
arah.
Daim sekadar mendengar
tekun, sesekali dia mengangguk. Tanda faham. “Ok tak? Faham?” Hana bertanya
lagi bila melihat muka lost lelaki tu. Daim angguk. “Faham la. Walaupun cara
kau explain macam budak tak cukup makan je. Tapi tengok kau, macam terlebih
makan pulak.” Matanya scan Hana dari bawah ke atas kemudian ke bawah balik.
Hana cepat-cepat menutup dadanya dengan kedua tangan.
Daim tergelak sakan.
Gila punya perempuan. Ingat aku ni pervert sangat ke? “Eh buta warna, takda
benda pun aku tatap kat badan kau tu. Badan kalau macam Angelina Jolie,
berbaloilah jugak mata aku memandang. Ni buat kasi pedih mata je.”
Hana menghembus nafas
kuat-kuat. Sakitnya hati hempedu aku dengan si ungka babun ni. “Babuncit punya
mamat!” Tak semena-mena kaki Daim ditendangnya. Terus dia meraung kesakitan.
Daim terlompat-lompat, cuba mengimbangi badan sambil mengurut kaki kanannya
yang sakit ditendang Hana.
“Kau gila he
perempuan?” Tengking Daim. Tangan masih laju mengurut. Sakit tu. Kaki besi ke
apa perempuan ni.
“Ha’ah! Memang aku
gila pun!” Balas Hana tak nak kalah oktafnya sebelum melangkah pergi. Padan muka
kau ungka!Berani carik pasal dengan jaguh kampung.
Daim terloncat-loncat,
mencari kerusi berdekatan. Sebaik saja dia melabuhkan punggung di atas kerusi,
terus seluar jeans yang dipakainya dilipat. Nak tengok, ada kesan lebam ke tak
kat kaki. Kalau ada, memang aku saman perempuan gila tu.
Huh, tak lebam la
pulak. Daim menghela nafas panjang. Separuh menyesal pulak carik pasal dengan
si buta warna tu. Tak pasal-pasal dapat Street fighter kick percuma macam tu je kan. Nasib baik tengah
takda orang. Ramai yang dah balik.Kalau tak, malu oi. Anak jantan kena sepak
dengan perempuan.
Ha, apa tadi direction
yang perempuan gila tu bagi? Belok kanan, lepas tu tengok kiri. Daim bangun
perlahan-lahan. Sakit di kaki makin surut. Langkah diatur ke arah meja Kak Mida.
“Ok, ni meja Kak Mida.
Lepas tu belok kanan.” Kakinya membelok ke kanan. Ok, dah belok dah. Lepas tu
buat apa?
‘Dah belok tu, awak
pandang belah kiri awak.’ Kata-kata Hana bermain di kepala. Kepalanya terus
dipaling ke arah kiri.
Daim tergamam. Matanya
tajam melihat pantulan wajahnya di cermin setinggi 5 kaki yang tergantung pada
dinding di belah kirinya.
‘Haa, kat situ awak
nampak la si ungka yang famous amous tu.’ Suara Hana bergema di gegendang
telinganya.
Jadinya... Aku laa si
ungka tu?
Asbestos punya
perempuan! Argh!
---
Rosebud says: Thanks guys for reading my humble story. hope u guys enjoy reading it. hebah2 kan la kat friends tentang akubukanhanatajima ni yep >< and please leave some comments so dat saye boleh improve mana yg patut ^^ arigatou!

kelakar,,,teruskan kekelakaran ini...yeah
ReplyDeletehuhu..inysa Allah ^^ thanks
ReplyDeleteKELAKAR X INGAT.
ReplyDelete