Budin sudah tercegat
di depan lif bersama hot choc. Matanya mengikut langkah Hana yang baru saja
masuk ke dalam bangunan Samurai Group. Seperti biasa, senyuman InnerShine
terpatri di bibir sambil kakinya melangkah gagah ke arah Budin.
“Morninn—”
Sapaan Budin terbantut
bila melihat Hana dengan lebih jelas. Baru dia perasan sesuatu. “Mana helmet kesayangan
Hana?”
Terus mati senyuman
Maya Karin dia tu. “Dah kena tibai.”
Terjungkit kedua
kening Budin. “Tibai? Siapa punya kerja? Biar Budin tolong Hana.”
Berkerut-kerut dahi Budin menahan marah. Siapa yang berani curik helmet
kesayangan Hana ni. Carik nahas betul!
Hana menjeling. Over
pulak mamat ni. Tak padan dengan takda tulang. Sudahlah semula jadi lembik, ada
nanti makin menjeli pulak kau ni. “Tak payah. Ni kerja orang rumah aku.” Balas
Hana sambil memandang butang lif yang tak berlampu. Eh si Budin ni. Punyalah
tercongok lama depan lif, tak reti nak menekan butang ke.
“Jannah dengan Maya?”
Teka Budin.
Hana mengangguk. “Mana
kau tahu diaorang punya kerja?” Tanya Budin mengalahkan Inspektor Razali.
“Diaorang mesej aku
cakap helmet aku dah kena culik pagi-pagi buta tadi. Motor aku pun diaorang
tibai sekali. Ee kalau aku dapat budak dua ekor tu, memang aku gayungkan kepala
sorang-sorang!” Hana sudah membayangkan keseronokkan menyilat kepala Jannah dan
Maya.
Budin tergelak kecil. “So
kau datang ni naik teksi?”
“Taklah, naik perahu.”
Balas Hana sambil menjeling. Soalan takda nak educated lagi.
Budin ketawa besar. “Budin
tahu apa cara nak buat Hana happy balik. Nah.” Hot choc dihulur. Sekelip mata,
berbunga semula senyuman di wajah gadis itu. Budin menjerit kemenangan. Dalam
hati.
“Budin, kau jelaa yang
memahami aku Budin. Sayang kau untuk lima saat.” Ujar Hana suku ikhlas.
“Lagi lima saat kalau
kau tak masuk dalam lif tu memang aku hentak kepala korang berdua.Nak
bersayang-sayang pulak kat sini.” Suara garau menyapa dari belakang. Serentak,
Hana dan Budin menoleh.
Daim sedang
menjungkit-jungkit kening sambil kedua tangannya di dalam poket seluar. Berlagak
habis mamat ungka ni.
Hana menjeling
menyampah. Asal pagi je nampak dia, asal muka dia je, pagi. Takda muka orang
lain ke.
“Macam mana nak masuk,
lif tak bukak lagi kan!” Balas Hana kasar.
“Macam mana nak bukak,
kalau kau tak tekan apa-apa? Kau bodoh ke apa ni?”
Ha? Tak tekan? Rasa-rasa
tadi macam dah tekan. Mata Hana mencerun pada butang naik. Masih tak bernyala.
Terasa diri ni betul-betul bodoh. Ahhh kenapalah bila si ungka ni ada, ada je
benda bodoh aku buat!
“Nak tekan la ni.
Sabar ye Daim.” Budin menekan butang naik.
“Encik Daim.”
Daim membetulkan ayat
Budin. Hana di sebelah sudah tercengang. Encik? Wajah kelat Budin dipandang. “Hei
ungka!” Hana mencekak pinggang. Terasa berapi je kepala ni.
“Apa ungka ungka? Kau
nak aku pegang kau lagi ke? Masuk dalam lif cepat!” Tengking Daim. Budin
menarik beg Hana, memaksanya masuk ke dalam lif. Daim mengikut dari belakang.
“Rilekslaa Hana. Tak
payah marah-marah.” Bisik Budin perlahan.
“Macam mana aku tak
marah? Dia bajet ofis ni bapak dia punya agaknya. Setakat PA pun nak berlagak
macam anak Datuk. Aku sepak kang, ada melayang sampai ke Tembok Besar Cina nanti.”
Balas Hana balik dengan nada suara yang dikawal.
“Hana, mamat tu dari
Jepun la. Bukan China.” Bisik Budin.
Hana terdiam. “Oh
yeke. Ha, kalau aku sepak dia, mahu melayang balik ke Jepun nanti.”
Budin tergelak kecil
sambil mengangguk setuju.
“Kau sedarkan aku ada kat
belakang kau je.” Daim memeluk tubuh sambil menyandar pada lif. Hana dan Budin
berdehem serentak. Nak tutup rasa malu. Dia dengarlah pulakkan. Takpa, biar dia
sedar diri sikit.
Pintu lif terbuka.
Budin menapak keluar sambil membuat gaya ‘semoga-kau-survive!’. Dia perlu buat
thumb print scan di deparment HR dulu baru boleh memulakan kerja di department
R&D. Hana mengangguk pasrah.
“Tak sangka taste kau
sama teruk macam sense of fashion kau eh.”
Membulat mata Hana
mendengarnya. “Apa maksud awak?”
“Tu, si lembut tu.”
Bibir dijuih ke arah pintu lif yang sudah tertutup.
Hana berdengus. “Lembut
lembut dia pun, at least, dia berbudi bahasa, bertamadun. Tak macam spesis ungka
depan saya ni. Perangai busuk.” Balas Hana geram.
Daim melayang satu
sengih sinis. “Setakat bagi hot choco setiap hari, itu kau panggil berbudi
bahasa? Itu menggemukkan kau lagi ada laa. Gemuk satu hal, diabetik lagi satu
hal. Kau tak reti fikir ke?” Daim mendekatkan jari telunjuknya ke pelipis.
Hana memeluk tubuh. Hot
choc erat digenggam. “Why do you care so much about me? Awak suka saya ke?”
Hana memandangnya lama sambil menampal muka yang penuh ikhlas bertanya.
Daim tergelak besar. Suka?
Pergi mampus.
“Kau cermin diri kau
dulu boleh tak perempuan? Ha.Ha.Ha.Dengan kau? Hm, walaudalam dunia ni, tinggal
kau sorang je perempuan, aku lagi rela suka beruk dari suka kau.”
“No wonder la. Kau kan
ungka. Takkan nak suka spesis lain pulak. Dah langgar hukum alam tu.” Balas
Hana direct mengena titik kelemahan Daim. Wajah lelaki tu berubah merah menyala.
Hana menahan senyum.
“At least aku tak
menghambakan si bapuk mak nyah tu!” Herdik Daim geram. Hana memejamkan mata. Dadanya
berombak laju. Mamat ungka ni dah over board dah ni.
Jari telunjuk di
angkat ke muka Daim. “Aku tak kisah tau kau nak kutuk aku ke apa, tapi jangan
sesekali kau nak kutuk kawan aku eh! Dasar ungka tak sedar diri! Babun!”
Hot choc disimbah ke
baju Daim. Ketika itu jugak pintu lif terkuak dan Hana mengorak langkah laju
keluar dari lif. Dah tak tahan dah.Lagi lama dia tengok muka si ungka tu, lagi
berasap kepala.Si ungka tu dah melampau. Ikutkan hati, nak je dia siram hot
choc tu kat muka si ungka tu. Tapi bila kenangkan kalau melecur muka dia, tak
ke tak pasal-pasal nanti aku kena gantung kerja. PA anak bos la katakan.Tapi
siram baju dia tadi, tak terkena badan dia ke?
Eh yang aku dok fikir
pasal welfare malaun tu lagi buat apa? “Biarkan dia. Baru padan muka dia.”Hana
menepuk-nepuk pipi, dengan harapan rasa bersalah yang mula merangkak dalam
sanubari ni hilang segera.
-
“Ni kenapa bebel
sorang-sorang ni?”
Hana terkejut. Sikit
lagi mahu basah seluar jeans ni tahu. Wajah Shuichi dipandang sekilas. “Shu-chan.
Pagi dah sampai?” Hana meneruskan langkah ke biliknya.
“Yep. Lepas Subuh saya
terus datang sini.” Angguk Shuichi. Hana menjeling gurau. “Over betul. Dah
breakfast?” Tanya Hana, membiarkan Shuichi masuk ke dalam biliknya.
Shuichi menggeleng. “Jom,
breakfast sama. Saya belanja.”
Bersinar-sinar mata
Hana. Sudahlah takda rezeki nak minum hot choc si Budin tu. Syukur anak bos ni
murah hati nak belanja. “Jom. Sekarang?” Hana baru saja nak menyarung lab
kotnya. Terus digantung semula lab kotnya ke dalam almari. Shuichi mengangguk
laju.
Sambil berjalan keluar
dari bilik, Shuichi merenung wajah putih kemerahan gadis tu. Hana mencuri
pandang Shuichi. Mata mereka bertembung. Hana menelan air liur. Tiba-tibarasa
kekok. Ni kenapa main tenung-tenung pulak ni? Telinga digaru-garu,malu la
pulak.
“Kenapa pandang saya
macam tu?”
Hana dah tak boleh tahan. Meremang satu badan
kena tenung macam tu. Dahlah kau tu hensem tahap gaban, mahu tak terjungkit
bulu roma.
Shuichi mengoyak
senyum nakal. “Awak cantik sangatlah Hana. Terpukau saya.”
Cantik? Terpukau? Fusho,
first time tu ada lelaki puji aku cantik sampai terpukau.Lelaki Jepun pulak tu.
Ahem! Hana berdehem beberapa kali. Jangan tunjuk sangat kau teruja Hana. Rileks.
Kekalkan cool anda.
“Yeke? Arigatou
gozaimasu.”
Shuichi tergelak. “Tu.”
Jarinya menunjuk ke arah pipi Hana.
“Ha, kenapa?” Ada
unggas ke kat pipi aku? Ke air liur basi? Pagi tadi dah sental cukup bersih dah
rasanya. Tangannya terus memegang pipi. Takda apa-apa pun.
“Merah betul pipi tu.
Awak blushing eh.”
Mata dikenyit,
menyakat. Hana terasa macam nak sorokkan muka dalam tong sampah. Malunya. Apasal
la sistem badan aku ni tak tahu nak cover line?Agak-agaklah kot ye pun nak
hantar bertong-tong litredarah ke muka. Wrong timing la dei!
“Eh mana ada. Ni
blusher blusher. Dia punya colour lambat keluar. Setengah jam lepas pakai baru
naik warna dia.” Tergagap-gagap Hana nak mereka ayat. Lagi besar tawa Shuichi
mendengarnya.
“Brand apa he? Saya
nak belilah. Nak hadiahkan kat girlfriend saya. Kat Jepun takda teknologi
secanggih ni untuk blusher.” Balas Shuichi masih lagi tergelak-gelak.
Hana menjeling. Ada
nanti anak Jepun mati tercekik siku kang.
“Dokoiku no?”(*Doko iku no=Nak pergi mana ni?)
Daim sudah tercegat di
depan mereka. Langkah Hana dan Shuichi terhenti. Mata Shuichi melekat pada
corak coklat pada baju kemeja jeans putih yang dipakai Daim.
“Oh my God. Nani ga
okotta no ka?” Shuichi pergi mendapatkan Daim. Bajunya yang basah dipegang.
Wajah Diam menyeringai. Dahinya berkerut, seolah menahan sakit. Hana terasa
tekaknya bagai dijerut. Rasa bersalah menggunung-gunung. Habislah aku.. (*Nani ga okotta no ka=Apa dah jadi ni?)
“Daijoubu ka?” Tanya
Shuichi risau. Air panas ni. (*Daijoubu
ka=Kau ok tak ni?)
“Oh. Daijoubu da.” Daim
menepis tangan Shuichi. Rimas pulak bila dilayan macam budak tadika. (*Daijoubu da=Aku ok.)
Shuichi berkerut. Dipegang
lagi dada sepupunya itu. Hana mengurut leher. Masaklah aku. Apasal la kau ni cerdik
sangat pergi siram si ungka tu dengan air panas Hana oi!
“Hontou? Itai ka?”(*Hontou= Betul ke ni? *Itai ka=Sakit tak?)
“Ya, aku ok. Tak ada
apa-apa. Ni kau nak pergi mana ni?” Daim menolak Shuichi jauh-jauh. Tak kuasa
nak melayan soalan bertubi dia tu. Matanya mencerun pada Hana yang sudah
terkebil-kebil, resah gelisah. Daim menarik senyum sinis. Tahu kau cemas.
“Byouin ni ikitai?”
Shuichi masih dalam mood kerisauannya. Daim melepaskan satu keluhan berat. “Aku
okey. Kau tak faham bahasa ke? Yamete yo! Ore wa daijoubu da!” Tak pasal-pasal
aku dah naik suara. Cakap sekali tak faham-faham. (*Byouin ni ikitai=Nak pergi hospital? *Yamete
yo=Dahlah tu! *Ore wa daijoubu da=Aku ok!)
Shuichi memandangnya
lama sebelum akhirnya dia mengangguk. “Wakatta, wakatta. Gomen, gomen. Ima ore
to Hana-chan.. Ah!” Shuichi memandang Hana yang kelihatan bingung. Muka lost
habis. Shuichi menepuk dahi.(*Wakatta=yelah.
*Gomen=sorry *Ima ore to Hana-chan=Sekarang aku dan Hana..)
“Alamak. Sori, lupa
pulak awak ada kat sini. Ni Daim, aku dengan Hana nak pergi breakfast. Care to
join?” Pelawa Shuichi sopan. Daim mengambil masa beberapa saat sebelum
menggeleng kepala.
“Kau pergilah. Aku dah
kenyang minum hot choc.”
Balas Daim dingin. Hana tak tertelan air liur
mendengarnya. Alamak. Berdesing-desing telinga ni dengar sindiran dia. Wajah
Daim dipandang. Lelaki itu membalas pandangannya. Hana kembali tunduk. Tak sanggup
nak tengok mata dia. Macam nak terkam aku je gaya.
Damn punya hot choc.
“Oh. Ok. Kalau kau nak
kirim apa-apa, roger aku. Jom Hana.” Shuichi menepuk bahu Daim sebelum
mempersilakan Hana untuk melangkah dulu. Super gentleman. Hujung mata Daim
menghantar mereka hingga ke pintu.
Sempat Hana mencuri
pandang belakang. Daim masih setia merenungnya keras. Alamak, dia tengah
pandang lagi. Adoi, masaklah aku. Rasa macam nak berhenti kerja je. Janganlah
dia pergi report kat si Shuichi ni pasal kes hot choc tu. Kalau tak, kirim
salam la aku kat projek mega A tu.
Waaa...
---

bru bce post keberape ni. dah x sabr nak tahu ending. hehe. agak2 last2 hana tu dgn shuichi ke daim ek?
ReplyDeletehehe. chapter depan2 ada jawapan. huhu. enjoyy ^^
ReplyDelete