Hana sedang duduk bersila di atas meja pantry sambil meniup-niup
mug apabila Kak Mida masuk dengan muka yang serabut. “Ni apasal muka macam tak
kentut seminggu ni Kak Mida?”
Senyuman senget dilempar Hana bila Kak Mida mencubit pehanya. “Kau
tak takda kerja ke dok melepak kat pantry ni?” Tanya Kak Mida berbasi. Dia
menyandar pada sinki.
“Sebab ada kerjalah Hana lepak kat pantry ni. Laparlah. Apa-apahal
perut kena isi dulu. Ni akak ni apasal ? Ceritalah. Kalau tak nak cerita mesej,
mesej.” Hana menghulurkan handphonenya. Kak Mida tergelak kecil. Kepala
digeleng-geleng.
“Ada je kau ni.”
Hana tersenyum bila muka Kak Mida mula nampak serinya. “Kenapa?”
Kening dijungkit. Akhirnya Kak Mida melepaskan satu keluhan berat.
“Hana tahu kan anak Mr. Takahashi nak datang Malaysia?” Kak Mida
menarik kerusi dan duduk. Tubuhnya menghadap Hana yang masih meniup mug yang
melekat di tangannya.
Gadis itu mengangguk. “Hana dengar Geng Powerpuff girls bercerita.”
Kak Mida tersenyum. Powerpuff girls, panggilan khas untuk Joy, Rin
dan Pinat. Tiga sekawan. Tak kira masa, tak kira tempat, mereka mesti bertiga. Baik
buat kerja, bergosip, makan, tidur, mereka tetap bertiga. Itu sebab satu
syarikat panggil mereka Geng Powerpuff girls. Sekali mereka buat gosip, sekelip mata, satu
pejabat kecoh. Orang lagi percaya cakap mereka dari baca Harian Metro.
“Diaorang cakap anak Mr. Takahashi tu nak take over tempat bapak
dia. Macam tu la. Lepas tu diaorang cakap anak dia hensem la, kaya la, macam
Brad Pitt la. Heboh.” Tambah Hana masih teringat aksi joyah Joy, Rin dan Pinat.
Dahsyat.
Kak Mida mengangguk. “So apa kena mengena anak dia dengan akak
pulak?” Hana menghirup sedikit air milo panas yang dah ditiupnya sejak sepuluh
minit yang lalu. Matanya melekat pada wajah Kak Mida.
“Akak kena jadi assistant anak dia. Kena inform semua pasal
company ni, latest update, lepas tu kena tunjuk dia tempat-tempat kat Malaysia,
jaga dia, semualah.” Cerita Kak Mida.
Hana terangguk-angguk. Air milo terus dihirupnya. “Ohh, kira akak
macam kena babysit anak dia la eh. Okay, so apa masalahnya? Jadi jela babysitter
anak dia.” Balas Hana acuh tak acuh. Dia tak nampak apa masalah Kak Mida.
“Masalahnya, akak ni mengandung Hana oi. Bila-bila je boleh keluar
budak ni. Akak tak larat nak terkejar sana sini Hana. Lagipun, esokkan cuti
raya Haji. Akak kena balik Kedah. Laki akak nak balik kampung.Memang akak tak
dapat nak jadi assisstant anak Mr. Takahashi tu, Hana.”
Tangan wanita berusia pertengahan 30-an itu mengusap perutnya yang
semakin membusung, membentuk bulatan. Hana memandang Kak Mida yang semakin
runsing. Seolah-olah terdapat awan gelap bersama ribut petir di atas kepala Kak
Mida. “Suruh je Budin tolong akak.” Automatik nama Budin dipetiknya. Siapa lagi
orang yang mampu buat kerja-kerja volunteer macam ni kalau bukan mamat separuh tu?
“Dah. Akak dah tanya dia. Kebetulan dia join team R&D untuk
projek mega A tu. So memang tengah pack sangat jadual dia. Dia siap tunjuk
diari dia kat akak. Memang penuh. Kesian pulak kalau nak paksa dia. Eh Hana tak
tahu ke pasal ni?” Kak Mida bertanya pelik. Hana dari department R&D,
mustahil dia tak tahu tentang serapan masuk sementara Budin ke department itu.
“A’ah. Lupa pulak. Actually Hana yang cadang nama dia masuk team
kitaorang.” Balas Hana sambil menggaru-garu telinga, satu habit bila dia malu.
Kak Mida menarik muka. Mengalahkan orang tua budak ni. Semedang lupanya.
“So, akak nak buat apa sekarang?” Tanya Hana.
“Ni yang akak nak cakap ni. Akak nak mintak Hana..” Belum pun
sempat habis ayatnya, Hana dah geleng laju. Kedua tangannya digoyang-goyang
mengipas udara. “Akak, Hana pun nak balik raya! Lembu Hana dah sedia nak kena
sembelih dah kat kampung tu.” Balas Hana laju.
“Hana, tolonglah akak. Hana je yang boleh tolong akak sekarang ni.
Nak harapkan orang lain, takda siapa lagi. Pleasee,” Rayu Kak Mida. Wajahnya
penuh mengharap.
“Akak, akak ni lupa ke yang Hana pun team R&D jugak. Macam
Budin. Akak nak tengok diari Hana pulak? Lagi penuh. Takda ruang nak tulis dah
pun.” Hana cuba menerangkan kesibukan jadualnya kepada Kak Mida. Bukan dia tak
nak tolong, tapi masalah dia sendiri pun dia tak terselesai, inikan pulak nak
selesaikan masalah orang lain.
“Hana kan ketua team R&D. Lagipun, Hana orang lama kat situ. Tak
banyak kerja sangat macam si Budin tu. Tolonglah akak Hana. Kali ni je. Akak
janji. Ni last. Pleasee, Hana, please.” Tangan Hana dipegang erat.
Hana menjeling Kak Mida. Ingat ketua team tak banyak kerja ke? Banyak
tau! Bertingkat tau! “Akak ni. Yelah, yelah, Hana tolonglah. Tapi ni last tau.
Lepas ni Hana dah tak boleh tolong akak.” Akhirnya dia terpaksa bersetuju. Dah
tak sanggup nak tengok muka sekonyot Kak Mida tu. Boleh hilang selera makan
seminggu.
“Oh Hana, akak sayang kau. Kau memang baik Na. Thank you!” Dahi
Hana dicium lama. Hana menolak Kak Mida. “Tumpah milo ni kat baju Zalora akak
tu nanti, menangis 2 bulan.”
Kak Mida tergelak kecil. “Thanks Hana. Allah je yang mampu balas
jasa kau.” Kak Mida belum habis dengan sesi berterima kasihnya. “Ye ye, aamiin.
So kak, mana port folio projeck babysitting kita ni?”
“Nanti akak bagi Hana fail akak. Dalam fail tu ada semua yang
patut Hana buat sepanjang jadi assisstant anak Mr. Takahashi tu. So don’t worry
la okay.” Tangan kanan Hana digenggam erat.
“Okay cool. Bila dia sampai Malaysia?” Tanya Hana. Air milo
dihirupnya lagi.
“Esok.”
Dan, muka Kak Mida disembur dengan air milo.
---

Bhahaha!!! Best je muka Kak Mida kena sembur dengan Milo. Tragis la si budak Hana ni. -.-'
ReplyDelete